BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 25 July 2009

Selamat bertunang

Lepas delivery ke Indera Mahkota, terus pegi ke Peramu Maju utk delivery cupcakes (25 pcs) utk Eila. Selasa lepas Eila (kwn Joe & Ayu) ada call dan katanya nak tempah cupcakes utk hantaran adiknya yang bertunang pd hari ini dgn org Temerloh (kampung koi!). Eila ada bg contoh design dan huda try my best utk memenuhi permintaannya. Nak design swirl pastu letak bunga putih yg kecil (guna fondant). Buttercream lak Eila request nak kaler light2 pink dan huda rekemen letak paste strawberry. Bau pun best. Pastu 7 biji cupcakes Eila nak packing dlm dome casing dan selebihnya dalam kotak je. No problem punya :) Hmm time delivery ni senang gak nak cari umah Eila sebab awal2 lg dia dh bg direction melalui sms. Masa jumpa Eila, huda pun tunjukkan cupcakes tu. Ni kata2 spontannya "Comel". Ehehe suka dgr. Harap2 Eila dan family berpuas hati dan terima kasih Eila sudi tempah dgn kak huda. Nanti pjg umur kita berurusan lagi yer :)

Selamat bertunang utk adik Eila dan tunangnya. Nanti bila lak nak kawin yer??

p/s: Terima kasih buat Joe & Ayu kerana tlg promotekan DBAK kat Eila.







Cupcakes utk makan2

Pagi tadi pegi Indera Mahkota utk delivery cupcakes. Tempahan cupcakes kali ini datangnya drpd kawan makcikku. Tapi lupa lak nak tanya nama empunya diri. Makcikku cuma pesan nak 1 box cupcakes utk kawannya makan bersama anak2 kat umah. Mula2 tu terpikir nak wat design camne dan akhirnya inilah hasilnya. Huda harap kawan makcik tu berpuas hati dengan hasil tangan huda dan enjoy makan cupcakes ni dengan anak2nya. Buttercream yg kaler mcm pink tu huda letak paste strawberry sket ..hmm baunya mmg menyelerakan :-)
Terima kasih makcikku krn tlg promote DBAK..



Muffin vanilla & filling blueberry

Ini pula muffin vanilla dan kat dalamnya ada blueberry. Huda suka sgt makan muffin vanilla dgn filling blueberry. Mmg sedap dan menyelerakan. 2 biji boleh abiskan sekali. Kalo cupcakes tu mmg jarang makan cuma buat utk tempahan je. Ehehe..

Khamis lepas, kebetulan petang tu family pakcik dari Temerloh datang singgah kt umah so sempat la merasa muffin ni. Panas2 lg fresh from d oven. Alhamdulillah pakcik, makcik, dan sepupu2 semua kata sedap. Suka tgk diorg makan. Lupa lak nak ambil gambar diorg.

Tempahan daripada En Zali sebanyak 100 biji siap suh packing sebiji2.. Terima kasih daun keladi, next time bolehla order lagi.. :)









Muffin yg dah siap dipacking.

Muffin coklat lagi

Salam..

Hari ni baru sempat nak masukkan entry last week. Maklumlah bz cket beberapa hari ni. Balik kg la, pegi KL pun dah dua kali dlm minggu ni sebab ada hal. Okeh jomla layan order2 yg lepas..
Tempahan dari Kak Nis, muffin coklat 180 biji. Siap bungkus 3 biji setiap pek. Terima kasih yer. Lain kali boleh order lagi yer.



Sunday 19 July 2009

Happy Birthday Fadzilan

Haa..cupcakes ni sebenarnya last minute order. Pagi jumaat tu dapat call dr Kak Fifi di Kedah, nun jauh di sana. Kebetulan huda free then untuk tidak menghampakan hajat org, huda pun terima order ni. Kak Fifi nak wat suprise sempena birthday tunang kesayangannya. Kak Fifi order 25 pcs cupcakes, chocolate flavour utk tunangnya Fadzilan yang bekerja di Wisma Rangkaian, Jln Teluk Sisek tu. Kak Fifi request nak colour pink dan tulis Congratulations, I Luv U. Alhamdulillah aku sempat siapkan cupcakes ni dlm masa yg ditetapkan dan petang tu terus delivery ke Wisma Rangkaian. Area situ parking mmg susah then nasib baik tunang Kak Fifi sporting tunggu kat bawah...thanks a lot :-)

Terima kasih Kak Fifi dan Fadzilan..Semoga bulan 10 nanti selamat diijabkabulkan....Amin...
Kalo nak tempah kek kahwin ke...cupcakes ke..muffins ke..jgn segan2 bgtau k..ehehe...






Cupcakes in Special Box.

** 5.06 ptg selepas beberapa minit huda delivery, dpt feedback sms dr Fadzilan:
" Sedap. Semua org puji". Terima kasih yer..

Muffin coklat

Salam..

Kali ini muffin coklat sebanyak 135 biji ditempah oleh Miss Z, then huda buatkan 45 pek dan setiap pek ada 3 biji muffin. Katanya untuk diberikan kepada budak sekolah.
Terima kasih Miss Z...
































Sunday 12 July 2009

Majlis Merisik Norita & M. Yuri

Salam...

Semalam, 11 Julai 2009 merupakan majlis merisik my cousin, Norita dgn pasangannya M.Yuri. Rombongan pihak lelaki dtg dr Kuala Lumpur & Kuala Lipis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan insyaAllah pada 3 Oktober 2009 nanti akan berlangsungnya majlis pernikahan dan jamuan makan. So kali ni Norita (bakal pengantin tak lama lg ni ..) order 150 biji muffins iaitu muffins choc chips dgn muffin vanilla+filling strawberry. Muffins ni utk makan2 pd majlis tersebut dan diberikan kepada tetamu sebagai cenderahati. Then 3 biji cheesecake, sebiji untuk pihak lelaki bawa balik then 2 lagi utk dihidangkan kepada tetamu. Alhamdulillah ramai yg cakap cheesecake tu sedap! Terima kasih Norita@Angah d atas tempahan tersebut. Thanks juga kt Ina sbb tlg wat muffins and hiaskan cheesecake2 tu...So mari kita tgk gambar2...layannnnnnn..


Cheese cake pun ada tau..


Inilah pencuci mulut yg ada..semuanya sedap!


Muffins+dome casing+paper bag


Cenderahati utk tetamu yang hadir..


Sempat posing sebelum majlis bermula..


Haa..inilah my cousin dgn pasangannya


Kak Yati (my cousin) menikmati cheesecake..

Monday 6 July 2009

Order last week

Salam...

Khamis lepas dpt call drpd mak saudara. Dia nak tlg tempahkan besday kek utk customernya. Jumaat pagi nak dtg ambil. So ni kira last minute orderlah. Kebetulan mmg free so tertunailah permintaannya. Simple je requestnya iaitu nak ada tulisan HAPPY BIRTHDAY. Warna apa dan corak camne dia tak ckp pe2..so huda pun tak sure besday kek ni untuk budak2 atau org dewasa....Apapun harap empunya diri tu berpuas hati..Terima kasih yer..


Kek sponge vanilla + filling strawberry





Ptg Jumaat lepas, Joe&Ayu (ni 2nd time order) from Peramu datang mengambil ordernya iaitu 50 biji muffins/plain cupcake dgn packaging sekali untuk diberikan kepada tetamu di majlis cukur jambul anak saudaranya pada hari Sabtu. Huda tak sempat nak sembang lama masa jumpa Joe&Ayu sebab nak kejar masa utk bawa sepupu keluar. Selain itu, Joe&Ayu juga order sebiji cheesecake+filling strawberry dgn requestnya iaitu tulis hepi belated besday Ila ke 25. Terima kasih Joe&Ayu kerana sudi tempah lagi dgn kak huda. Jom tgk...


50 pcs plain cupcakes+rectangular packaging+ribbons



Cheesecake + blueberry topping




Haaaaaa..yg cupcakes kat bawah ni pula adalah utk anak2 saudara huda iaitu Haziq, Hakim, Haris, & Nurul Aleesya (baru berusia 2 minggu). Suka betul diorg dgn cupcakes ni lebih2 lg budak2 kn mmg suka makan krim.