BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 16 January 2010

Lily 2 Years Old

Order drpd Kak Za iaitu 1 biji moist choc cake + edible image Minnie Mouse dan 75 pcs cupcakes (3 boxes, S size-strawberry & vanilla flavour) utk celebrate birthday anak perempuannya, Lily yg comel tu..


Pagi tadi Huda hantar ke Taman Alam Perdana, Indera Mahkota. Alhamdulillah senang aje jumpa rumah Kak Za ni. Sempat tengok besday girl yg x sabar2 tunggu kek dia sampai..ehehe..mmg cute Lily...

Akak, thanks order yer..Kebetulan masa tgh update blog ni, dpt sms drpd akak tu :
" Thanks. Lily ckp 'yum 3x delicious'. Kawan akak pun tanya cupcakes tu".


Terima kasih daun keladi..lenkali bolehla order lagi yer kak =)

Lily, Happy birthday to u. Semoga ceria dan sentiasa dilindungi Allah. InsyaAllah. Amin.


Kak Za & Lily. Mcm tak sampai ati je Lily nak potong kek..









Hepi 1st Besday Hafiy & Amirah

Order drpd kawan Ina, Kak Wanie yg duk kat KL. Kebetulan nak celebrate birthday anaknya kat Kuantan hari ni. So Kak Wanie order sebiji moist choc cake + edible image upin ipin dan 40 pcs cupcakes (S size + topping choc ganache + edible image).

Pagi tadi Huda hantar cake dan cupcakes tu kat area Semambu. Mula2 sesat juga maklumla tak biasa area situ. Akhirnya dgn bantuan adik Kak Wanie, akhirnya jumpa juga. Thanks yer.

Ni sms yg baru Huda dpt : "Thanks 4 d delicious cake n cc, abis licin, ramai puji sedap. insyaAllah kalo smp kuantan lg leh order lg, tq."


Terima kasih Kak Wanie sbb order. Untuk Hafiy & Amirah, Happy Birthday. Semoga sihat sejahtera & dirahmatiNYA. Amin.










Happy Birthday Maak & Tik

Petang semlm Huda hantar cupcakes kat UIAM, Indera Mahkota. 16 pcs M size (chocolate flavour) adalah request drpd salah seorg student UIAM. Design lak nak macam Melissa. So harap adik2 suka dgn cupcakes tu yek.. Happy Birthday to both of u. Good luck in study yer adik2..

Thanks order. Lupa lak tanya nama adik tu. So next time orderla lagi..




Plain Cheesecake

Order drpd abgku, Fazie utk birthday ahli keluarga mertuanya. Fazie request plain cheesecake dan tambah deco. Huda wat simple deco aje.

Happy Birthday to all of u..enjoy eating..



Thursday 14 January 2010

Happy Birthday Asyraf

Order dr Pn Fauziah iaitu sebiji moist choc cake utk birthday anak lelakinya, Asyraf. Pn Fauziah minta Huda hantar kek tersebut ke KDM di Indera Mahkota.

Terima kasih krn order. Happy Birthday Asyraf. Sweet 16. Good luck in ur study =)

Tuesday 12 January 2010

Happy Birthday Padi

Order drpd Jaja from Kedah iaitu sebiji moist choc cake + small edible image utk birthday adik tersayang, Padi. Mula2 huda ingat salah dengar tapi confirm rupanya mmg Padi..mmg unik sekali. Kalo nak tau nama Padi sebenar ialah Nur Fadzilah...

Pagi tadi huda hantar kek yg ditempah kat area Balok Sejahtera tu. Perumahan tu dekat dengan Dhe Rhu. Alhamdulillah senang aje cari rumah Padi..Padi terkejut dgn suprise itu dan bertanya siapakah gerangan yg menempah kek itu..ehehe...mula2 ingt nak rahsiakan aje tapi sian lak. Kang takut dia tak nak makan kek tu..ehehe...So huda bgtau la..tersenyum dia akhirnya...

Terima kasih Jaja sebab order..Next time lehla wat suprise lagi. Thanks juga sbb nak tlg promote kat kawan2...

p/s: Minta maaf Jaja dan Padi sebab kesilapan ejaan birthday..masa ni baru perasaan...adoi..apela yg ada dlm fikiranku ini??











Happy Birthday Nina

Order drpd kawan pejabat makcikku utk birthday anaknya. Sebiji moist choc cake seberat 1.6 kg. Topping ganache dan siap di deco sekali..

Terima kasih sudi order dgn huda... Happy Birthday to u dan semoga panjang umur & murah rezeki..Amin.

Sunday 10 January 2010

Blueberry Cheese Cake

Tempahan daripada Hotel Seri Malaysia Temerloh iaitu sebiji blueberry cheesecake + edible image utk Annual Dinner Hotel semalam. Memang meriah dan terhibur sekali dgn acara2 yg dijalankan. Staff2 semuanya sporting dan yg menariknya tema pada malam itu ialah Arabian Night.

Terima kasih di atas tempahan tersebut. Segala kekurangan harap dimaafkan.


Blueberry Cheese Cake + Edible Image
3 kg++

Happy Birthday Nurul

My 1st time customer juga, Hanis telah menempah 25 pcs cupcakes utk yg tersayang, Nurul sempena hari lahirnya pada khamis lepas. Hanis meminta huda hantarkan cupcakes tersebut ke UIAM di Indera Mahkota. Alamat yg diberikan pun mudah nak dcari walaupun pertama kali huda sampai ke situ. Alhamdulillah cupcakes tersebut selamat sampai dan Nurul sangat gembira menerima suprise tersebut.

Terima kasih Hanis. Buat Nurul, Happy Birthday to you and good luck in ur study =)

*maaf sbb gambar x clear sgt..


25 pcs - M Size - Chocolate Flavour






Cupcakes in Special Box

Happy Birthday Khairuddin

My 1st time customer, Azura telah menempah 25 pcs cupcakes utk suami tercinta, Khairuddin yg menyambut hari jadi pada hari khamis lepas. Azura request nak design mcm customer Melissa tu. Wah mmg ramai yg berkenan dgn design tu. Azura minta huda hantarkan cupcakes tersebut ke KIPSAS sbb suaminya pensyarah di situ. Kira suprise la nih. Alhamdulillah lebih kurang jam 10 pagi cupcakes tu selamat dihantar kepada tuan empunya diri. Tersenyum Khairuddin bila melihat cupcakes pemberian isteri tercinta..

Terima kasih Azura di atas tempahan tersebut. Buat Khairuddin, selamat hari lahir. Semoga pjg umur dan diberikan kesihatan yg baik..Amin.


25 pcs - M Size - Chocolate Flavour





Monday 4 January 2010

Order from Zue

Order drpd Zue yg bekerja di TM. 16 pcs in special cupcakes box, M size with vanilla flavour. Cupcakes ni utk meraikan perkahwinannya yg baru 1 bulan. Semoga perkahwinan Zue dan pasangan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Insya Allah..

Terima kasih Zue sbb order. Harap suka dgn design yg di mintanya ini..