Salam buat semua...
Pada 23 Mei 2009 iaitu pada hari Sabtu yg lepas, sepupuku Ida telah selamat melangsungkan perkahwinannya dgn jejaka pilihan hati iaitu Raja Dzul di rumah pengantin perempuan di Indera Mahkota, Kuantan. Majlis akad nikah pula ialah pada hari Jumaat (22 Mei 2009) dgn 7 dulang hantaran sebelah pihak lelaki dan dibalas dgn 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Majlis di sebelah pihak lelaki pula pada 30 Mei 2009 di Kajang, Selangor...
Jumpa di sana..ehehehe..
So start Khamis lepas mmg sibuk sbb nak siapkan 25 biji fondant cupcake utk hantaran, 200 biji cupcake dan kek 2 tingkat utk majlis pd hari Sabtu tu. Jumaat pagi mcm biasa Huda, Ina & sepupuku Norita@Angah menyiapkan deco untuk cupcake dan kek dua tingkat tu.
Haaaaa warna tema perkahwinan Ida & Dzul ni adalah ungu@purple...cantik kan...
Jommmmmm kita tgk gambar2 yg sempat dirakamkan....
Fondant cupcake utk hantaran
Tak perasan sepatutnya ejaan ZUL tu DZUL...sorry..
Cantik kan...
Cupcake yg telah siap di hias..sweeeeeeeettttt je...
Kek 2 tingkat & cupcake
Ina tgh sibuk susun cupcake. Kat belakang tu Angah tgh kepenatan.
Pengantin memotong kek..
Adegan suap-menyuap...aummm
Eleh Ida malu2 kucing lak..ehehe
Kenangan bersama pengantin...
Akhir sekali,
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT IDA & DZUL.
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.
- 23 MEI 2009 KUANTAN -