Bertemu kembali...
Alhamdulillah dpt juga mengupdatekan blog ni setelah seminggu lebih menyepikan diri. Ni pun baru balik dr KL dan tengah tak sihat lg (selesema+demam+batuk).
Sebenarnya Selasa lepas (9 Jun 2009) makcikku yg mesra di panggil Mak Ngah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 4 ptg setelah terlibat dgn kemalangan kereta di Bera yg dipandu oleh suaminya (kini masih dirawat di ICU, HKL). Arwah selamat dikebumikan selepas Isyak di tanah perkuburan Kampung Buntut Pulau, Temerloh Pahang (nama kampung huda sebelah arwah mak, unik kn nama kampung ni..). Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Al fatihah utk arwah dan semoga pakngah cepat sembuh.
Khamis pagi tu sempat breakfast kat tmpt favourite Ina (teka la..ehehe). Then bermulalah projek DBAK..menyiapkan 1000 biji plain cupcakes/muffin, 200 biji cupcakes & 1 biji kek. Haa sebenarnya ni adalah tempahan utk majlis perkahwinan Ifa & Fadzer pd 13 Jun 2009 yg lepas. Inilah tempahan yg plg banyak setakat ni. Syukur alhamdulillah Huda & Ina dapat selesaikan dlm masa 2 hari dgn bantuan sepupu2ku (Nutya, Biha, Nabilah & Nadilah). Terima kasih wahai sepupu2ku... 2 malam kitaorg tido kul 4.30 am.. ehehe.. Tu yg sampai kena selesema+demam+batuk..
Terima kasih juga buat family Ifa terutamanya emak Ifa krn memberi kepercayaan kpd DBAK untuk menyiapkan tempahan ni..Makcik, nanti bolehla tempah lg dgn huda yer..
Jom tgk hasilnya..

Tema maroon+pink

Inilah cenderahati drpd Ifa & Fadzer utk tetamu yg datang.


Plain cupcake/muffin yg telah siap diikat riben.

Kek span coklat + filling blueberry+ bunga fondant (jimat masa..ehehe)

Tier ni sempat order dgn LadyIla..thanks Ila.

Buttercream cake + vanilla cupcakes

Pembantu cilik yg setia ( Nabilah & Nadilah)

Design for cupcakes..

Ifa & Fadzer..bagai pinang di belah dua..
Selamat Pengantin Baru buat Ifa & Fadzer.
Semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
13 JUN 2009. Bukit Sekilau, Kuantan.