BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 29 June 2009

Cupcakes for Kak Ida

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Cupcakes DBAK kali ni terbang lg ke KL...ehehe...Kali ni order drpd kwn ofis Ina iaitu Kak Ida. Kak Ida order 2 boxes (50 pcs). Ina, my only sis selalu gak time balik kuantan dpt order drpd kawan2 dia kat KL tu.. Jom tgk hasilnya...





































Tuesday, 23 June 2009

Happy Birthday Khairul Nizam

Salam...

Hari ni p delivery cheesecake with blueberry topping kat UMP. Wah pertama kali masuk UMP, besar gak..sesat cket kat dlm tu masa nak carik tmpt tu..Order ni daripada Kak Atul yg bekerja di UMP. Hadiah besday untuk suami tersayang yang bekerja di bahagian pusat teknologi maklumat. Kak Atul sebenarnya nak suprisekan suaminya. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya tempat dituju tapi tak dapat serahkan sendiri pada tuan punya kek sebab dia keluar.

Terima kasih Kak Atul krn memberi kepercayaan kpd Huda. Harap Kak Atul dan suami berpuas hati dan enjoy makan cheesecake tu :)


Cheesecake with blueberry topping -(2.3 kg)




**Terima kasih kat Along sbb temankan Huda p UMP..

Sunday, 21 June 2009

Happy Father's Day

Assalamualaikum..

Sebelum terlambat, huda nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA / HAPPY FATHER'S DAY untuk semua insan yg bergelar abah/ayah/daddy/papa/babah(ada lg ke yg tertinggal??).

Pagi semlm dpt sms drpd sepupuku Ida yg dok kat KL. Dia nk order cheesecake+blueberry topping utk ayahnya & pakcik2nya. Salah seorang pakciknya tentulah abahku. So kebetulan mmg hari ni free, dapatlah memenuhi permintaannya. Terima kasih Ida.
Mari kita tgk gambar2 yg sempat dirakam...


Cheesecake with blueberry topping..


Kpd peminat cheesecake, anda mesti order! x rugi punya :)


Nyum..i luv it!


Uncle Azhar (baju biru) & Uncle Yuh.. Auummmmm


Uncle Azhar jgn maree yer..ehehe..tak abis lg ke?
Uncle Yuh nak tambah lg tu. Jgn segan2..ehehe


Haaa...ada lagi ni..ucapan untuk abah sempena Hari Bapa...

Buat abah tersayang, AHMAD BAKRI BIN MOHD NASIR....


(Gambar kenangan arwah mak dgn abah)

Terima kasih di atas kasih sayang yg diberikan selama ini,
Terima kasih di atas segala pengorbanan,
Tanpa abah tiada diriku di dunia,
Tak dapatku bayangkan hidupku tanpa abah disisi,
Semua kasih sayang yang abah curahkan tersemat dihati,
ABAH, terima kasih di atas segalanya,
HUDA SAYANG ABAH...
Muahhhhhhhhhhhhhhh :)

Order from Mama

Assalamualaikum...

Apa kabar semua? Pagi semlm huda p hntr cupcakes kat Indera Mahkota utk mak saudaraku yg mesra dipanggil Mama. Mama order 100 pcs vanilla cupcakes (4 boxes) utk dibawa ke Jerantut sempena anak buahnya kahwin. Design tu mama cakap apa2 aje asalkan sesuai utk perkahwinan. So huda buat dua design. Cuma yg penting nak colour purple. Alhamdulillah mama cakap ramai yg puji kata sedap & cantik. Apapun terima kasih mama krn sudi order & sokong DBAK :)

Utk pasangan pengantin (alamak lupa lak tanya nama pengantin..adussssss) huda ucapkan "SeLaMaT PeNgAnTiN BaRu". Moga perkahwinan berpanjangan selamanya. InsyaAllah. Amin.

Jom tgk gmbr...



Design 1


Design 2


50 biji cupcakes


Theme purple


4 kotak utk dibawa ke Jerantut, Pahang.



Tuesday, 16 June 2009

Happy Birthday Dila

Salam..

Pagi ni huda pegi KIPSAS utk delivery 25 pcs (1 box) cupcakes utk Dila. Rupanya Dila ni lecturer maths kat KIPSAS tu..Hari ni dia berbaju merah siap tunggu huda kat depan ofis..Sebenarnya Dila dah tempah cupcakes ni sejak 2 minggu lpas. Mmg mudah berurusan dgn Dila. Yg penting katanya nak letak huruf DILA TURN 24 kat cupcakes dgn kaler2 striking..Dila pn rajin forwardkan pic2 cupcake kat emel. Terima kasih yer dik. InsyaAllah bleh jadi rujukan nanti..
Anyway, thanks Nurul Adila sebab sudi tempah cupcake dgn DBAK..Lenkali blehla tempah lg dik.

HaPpY BiRtHdAy DILA.. Semoga tabah menjadi seorang pendidik!


















chocolate cupcake + maths theme

Monday, 15 June 2009

Selamat Pengantin Baru Ifa & Fadzer

Bertemu kembali...

Alhamdulillah dpt juga mengupdatekan blog ni setelah seminggu lebih menyepikan diri. Ni pun baru balik dr KL dan tengah tak sihat lg (selesema+demam+batuk).
Sebenarnya Selasa lepas (9 Jun 2009) makcikku yg mesra di panggil Mak Ngah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 4 ptg setelah terlibat dgn kemalangan kereta di Bera yg dipandu oleh suaminya (kini masih dirawat di ICU, HKL). Arwah selamat dikebumikan selepas Isyak di tanah perkuburan Kampung Buntut Pulau, Temerloh Pahang (nama kampung huda sebelah arwah mak, unik kn nama kampung ni..). Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Al fatihah utk arwah dan semoga pakngah cepat sembuh.

Khamis pagi tu sempat breakfast kat tmpt favourite Ina (teka la..ehehe). Then bermulalah projek DBAK..menyiapkan 1000 biji plain cupcakes/muffin, 200 biji cupcakes & 1 biji kek. Haa sebenarnya ni adalah tempahan utk majlis perkahwinan Ifa & Fadzer pd 13 Jun 2009 yg lepas. Inilah tempahan yg plg banyak setakat ni. Syukur alhamdulillah Huda & Ina dapat selesaikan dlm masa 2 hari dgn bantuan sepupu2ku (Nutya, Biha, Nabilah & Nadilah). Terima kasih wahai sepupu2ku... 2 malam kitaorg tido kul 4.30 am.. ehehe.. Tu yg sampai kena selesema+demam+batuk..

Terima kasih juga buat family Ifa terutamanya emak Ifa krn memberi kepercayaan kpd DBAK untuk menyiapkan tempahan ni..Makcik, nanti bolehla tempah lg dgn huda yer..
Jom tgk hasilnya..


Tema maroon+pink



Inilah cenderahati drpd Ifa & Fadzer utk tetamu yg datang.


















Plain cupcake/muffin yg telah siap diikat riben.



Kek span coklat + filling blueberry+ bunga fondant (jimat masa..ehehe)



Tier ni sempat order dgn LadyIla..thanks Ila.



Buttercream cake + vanilla cupcakes



Pembantu cilik yg setia ( Nabilah & Nadilah)



Design for cupcakes..
















Ifa & Fadzer..bagai pinang di belah dua..
Selamat Pengantin Baru buat Ifa & Fadzer.
Semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
13 JUN 2009. Bukit Sekilau, Kuantan.

Friday, 5 June 2009

Order from Sarah

SaLam..


Pagi td masa tgh mendeko cupcake dpt sms dr no yg tidak dikenali. Mesejnya "As'kum..igt lg x mrid sek gmbang?". Haaa terus je otak ni teringat kembali kenangan masa jd guru sandaran pd thn 2004 kat SK Gambang. Terus tgn ni stop mendeko. Nasibla tema deco bebas..tq Sarah.

Tertanya2 dlm hati sape lak sms pagi2 ni. Rupanya yg sms tu adalah ex-studentku yg kini sedang belajar (Form 2) di SM Seri Mahkota. Namanya Shazleen dan kakaknya Sahirah. Wahh rupanya sudah hampir 5 thn diriku meninggalkan zaman sebagai seorang pendidik walaupun hanya guru sandaran tidak terlatih. Tak ku sangka rupanya masih ada bekas anak didikku mengingati diri ini..ehehe.

Dulu mengajar budak darjah 3, 4 dan 5. Masih ingat Shazleen (orgnya murah dgn senyuman) ketika itu darjah 3 dan Sahirah (muka serius je & jarang nak senyum) darjah 6. Utk pengetahuan, sebahagian dr murid2 SK Gambang terdiri drpd anak2 orang asli. Itulah pertama kali diriku berjumpa dengan anak2 org asli. Pengalaman yg tidak dapat dilupakan sampai bila2. Terkenang saat2 manis masa kelas berakhir, pasti murid2 akan beratur & cium tanganku sblm pulang. Rasa diri ini disayangi & dhargai. Sempat juga menyambut Hari Guru dan paling tak sangka dapat no 4 dr 20 utk Guru Tersayang dan hadiahnya jam dinding. Selain tu dapat sabun LUX, bunga, mug, pen merah, frame gambar dan kad ucapan drpd murid2.

Namun semua itu telah berlalu dan kini menjadi kenangan terindah dlm diri ini. Pengalaman menjadi pendidik selama 9 bulan pasti ku simpan sampai bila2. Bagiku bukan mudah menjadi pendidik kalo tidak ada erti kesabaran, kesungguhan & yg penting kena ikhlas dalam memberikan ilmu supaya mudah murid2 untuk menerimanya.. :) Buat Shazleen dan Sahirah serta ex-student2ku (ntahla diorg baca ke x ni..) , selamat bercuti dan belajar rajin2 ok.
Entah kenapa tetiba rajin lak kali nih citer pjg2..ehehe (bukan senang nak tulih pjg2 nih tau lebih2 lg dah kul 4.16 am ni..)

Okeh jom citer pasal cupcakes lak..ehehe ni 2nd order from Sarah yg dok kat Indera Mahkota. Mlm td Sarah & friends dtg umah utk ambil sendiri tempahan. Katanya lenkali senang dah tau umah kak huda sebab boleh order lagi lenkali. Ehehe nasib diorg x sesat (tgkla sape bg directions, ehehe..) maklumla kebanyakan org yg nak datang umah pertama kali sure x jumpa rumah..last2 kena p ambik kat tepi jalan tu..apapun terima kasih Sarah sudi tempah cupcakes dgn kak huda yer..enjoy...



tema bebas utk makan2 kat ofis


layannnnnnnn....



Monday, 1 June 2009

Welcome Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Hepi Besday Pn Zaliha & Fatin

Salam..

Hari ni awal pagi huda dah keluar pegi Wisma Persekutuan utk delivery cupcake kepada Pn Zaliha sempena hari jadinya yg ke 47 hari ni...Sebenarnya last week Joe & Ayu dr Selangor ada sms utk tempahan 25 biji cupcakes dgn strawberry filling utk birthday maknya iaitu Pn Zaliha & adiknya Fatin. Masa huda jumpa Pn Zaliha tadi, terkejut gak dia sebab tak sangka anak dia wat suprise...ehehe berjaya juga akhirnya Joe & Ayu nak suprisekan mak diorg..
Terima kasih Joe & Ayu krn sudi order dgn Huda. Mmg mudah berurusan dgn diorg nih..
Lenkali blehla tempah lagi k... :)
Anyway, bertuah Pn Zaliha dapat anak mcm Joe & Ayu..sentiasa mengingati ibu tersayang...
Ibu & ayah mmg tiada penggantinya. Selagi hayat mereka ada, hargailah ibu & ayah kita k...
Jangan bila mereka dah tiada, baru nak menyesal... tiada gunanya lg...

** Dah genap 3 tahun huda kehilangan ibu tersayang :(
Pesanan huda, kepada sesiapa yg masih ada ibu & ayah tu hargai dan gembirakan mereka. Berikan kebahagiaan kepada mereka. Walau jauh di mata, just call diorg tanya khabar k. Dengar suara anak-anak pun sudah cukup buat mereka..Mereka perlukan kasih sayang dan bukannya harta benda...Sekian.

Jom tgk cupcakes yg huda wat semlm...special for Pn Zaliha & Fatin. HAppY BiRthDaY to Pn Zaliha & Fatin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..Amin.


Joe & Ayu request nak color pink + ceria..


Cupcakes with strawberry filling..Nyum..Nyum..


Cupcakes in special box..Sesuai utk hadiah buat org tersayang..

* sms drpd joe & ayu (11.37 am) *:
"Mak ckp sedap kek tu. Pandai kak huda wat. Mak siap promote lg kt member2 ctu".

Terima kasih.